ZamSaham Official WebsiteZamSaham Official Website

Main promo images

HomeSoal Jawab

  SOAL JAWAB BERKENAAN PENYENARAIAN FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS (FGVH)

 

1.Adakah saya akan muflis jika tebus saham FGVH dengan cara membuat pinjaman ?

-   Berdasarkan kajian, pandangan muflis berkemungkinan amat rendah kerana daripada pengalaman dan juga penyenaraian saham-saham syarikat berkaitan kerajaan (GLC )seperti Malaysian Sugar Manufacturing (MSM), PETRONAS Chemicals Group Bhd (PCHEM) dan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) menunjukkan kenaikkan yang cemerlang pada hari penyenarainnya. Contoh :

MSM naik RM1.48 sen atau 4 % dari harga tawaran RM 3.50 pada hari pertama penyenaraiannya sahaja dan dalam masa sebulan mampu naik ke RM4.50 iaitu peningkatan hampir 20%.

PCHEM naik 67sen atau 13.3% di hari pertama penyenaraiannya dengan harga tawaran RM5.20 dan dalam tempoh 5 bulan harga PCHEM pernah mencecah RM7.26 iaitu kenaikkan hampir 40%.

MHB pula ditawarkan pada harga RM3.80 naik ke RM 4.12 pada hari pertama penyenaraiannya iaitu hampir 19% kenaikkan dan dalam tempoh 3 bulan naik hampir 60% kepada RM6.04

-    Jadi pandangan yang mengatakan akan muflis jika tebus saham FGVH amatlah tipis malah keuntungan (duit) sedang menunggu untuk diberikan kepada siapa-siapa yang menebus saham FGVH ini.

-   Walaupun begitu, jika pasaran bertindak sebaliknya, kemungkinan saham FGVH ini akan dijual secara “Force selling” oleh syarikat pemberi pinjaman yang mana terpaksa membuat penjualan terdesak bagi memastikan modal yang diberikan kepada peminjam didapatkan semula. Sebenarnya mereka terpaksa menjual saham ini jika harga turun dalam anggaran 10% kerana memastikan bank tidak rugi. Ini kerana risiko tertinggi adalah ditanggung oleh pihak bank yang memberi pinjaman dan tiada apa-apa cagaran lain selain saham itu sendiri.

-   Berdasarkan pemerhatian, saham FGVH yang bakal diapungkan ini merupakan saham berkualiti tinggi dan bukan hanya diminati pelabur-pelabur Malaysia malah pelabur-pelabur antarabangsa.

 

2.Bagaimana saya memohon peruntukkan saham FGVH ini ?

        -     Setiap orang diberikan “Blue Form” dengan jumlah tawaran saham dan diberikan pilihan sama ada ingin menebus secara pinjaman ataupun tunai.

        -     Jika melalui pinjaman, pegawai bank akan menerangkan kepada anda syarat dan terma pinjaman.

         -     Lebih baik guna tunai untuk tebus dan lebih bagus jika anda kenal dengan Remisier yang berpengalaman tentang penyenaraian IPO ke Bursa Malaysia untuk mendapatkan pandangan.

 

3.Berapakah modal untuk saya tebus saham FGVH ini ?

        -    Untuk tebus saham ini, modal diperlukan mengikut jumlah saham yang diterima dengan harga tawaran RM4.65 seunit.

        -    Contoh

1,000 unit x RM4.65 = RM 4,650

100,000 unit x RM4.65 = RM 465,000

Jadi, modaluntuk anda tebus 1,000 unit saham FGVH adalah RM 4,650.00 dan jika anda ingin tebus 100,000 unit, modal anda ialah RM 465,000.00

 

4.Siapakah pelabur yang akan beli saham FGVH ini selepas diapungkan nanti ?

     -      Pelabur yang akan beli saham ini adalah terdiri dari pelabur institusi seperti EPF yang ada duit berbilion-bilion Ringgit hasil caruman bulanan pekerja-pekerja seluruh Negara.

     -     Sebelum FGVH tersenarai, EPF mencari-cari syarikat-syarikat Syariah yang besar supaya duit itu dapat dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat syariah. Penyenarian FGVH memberi pilihan yang bagus kepada EPF untuk pelaburan ke syarikat berkualiti dan Syariah.

     -     Pelabur-pelabur asing dan juga pelabur-pelabur Cina amat yakin dengan syarikat Kerajaan dan berebut-rebut ingin membeli saham ini.

 

5.Lepas saya tebus saham FGVH ini, apa yang saya dapat ?

      -     Selepas tebus, anda sudah memiliki pegangan dalam syarikat ini dalam bentuk saham dan layak untuk hadir ke mesyuarat syarikat dan mendapat pelbagai kelebihan lain.

 

6.Apa kelebihan lepas tebus saham FGVH ini ?

     -      Anda dikira sebagai pemilik syarikat FGVH dan berhak mendapat Dividen seperti yang diumumkan oleh FGVH nanti.

     -      Selain itu, anda juga mampu memperoleh untung hasil dari kenaikkan harga saham ini.

 

7.Mana lebih baik, pinjaman atau duit sendiri (tunai) ?

     -        Lebih baik duit sendiri (Tunai).

     -        Ini kerana melalui pinjaman ada kos-kos seperti interest dan processing fees. Anda juga terikat denga tempoh masa penjualan syarat-syarat lain yang dikenakan seperti panggilan Margin jika harga saham turun.

 

8.Kuasa penjualan saham ini terletak kepada siapa ?

      -       Kuasa penjualan saham terletak kepada pemilik saham sendiri. Jika peneroka itu setuu menebus dan tebus saham FGVH ini, peneroka itu sendiri yang akan menentukan berapa harga yang ingin dijual mengikut kesesuaian harga pasaran.

 

9.Kenapa FELDA tergesa-gesa hendak menyenaraikan FGVH ke Bursa Malaysia ?

      -       Dari sudut pandangan Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM), FELDA bukanlah tergesa-gesa untuk menyenaraikan FVH ke Bursa Malaysia tapi perancangan awal telah dilakukan sejak tahun 2004 lagi apabila mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir telah mencadangkan penyenaraian FGVH dalam belanjawan Negara ketika itu.

 

10.Adakah saham FGVH ini berpotensi untuk naik ?

-         -   Berdasarkan kajian, jika dibandingkan dengan saham Tabung Haji Plantations BHD yang diapungkan pada 2006 dan naik dari harga tawaran IPO sehingga 300% sekarang. Ini menunjukkan saham sektor perladangan mempunyai daya tahan perniagaan yang tinggi walaupun ekonomi gawat pada tahun 2007-2008.

 

Lambang

androidkod

Lambang pertubuhan ini berbentuk bulat dengan warna merah, putih & hitam serta perkataan...Baca lagi mengenai lambang PPSMM...

Cogan Kata

Great Docs and Support"BERSATU MELAYU MAJU"

Bendera

bendera

Bendera PPSMM berbentuk empat segi panjang dengan latarbelakang berwarna putih. Dibahagian tengah terdapat lambang PPSMM dan disebelah bawah...Baca lagi..